bilik pemulihan

dinding bilik pemulihan

2011年11月13日 星期日

KATA PENGUAT

Kata Penguat

1.        Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif.
2.        Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
3.         
Contoh

Paling
Agak
Sungguh
Amat
Terlalu
Nian
Benar
Paling



4.        Kata penguat seperti agak, pling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif.
5.        Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif.
6.        Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh bleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif.


Contoh
1.        Murid yang paling pintar di sekolah ialah Latipah.
2.        Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah.
3.        Suhu di kawasan kutup amat sejuk.
4.        Kereta api itu sangat laju.
5.        Kereta itu laju sangat.

Latihan :
Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.
sangat paling sungguh sangat benar

1. Pokok kelapa itu tinggi.
2. Razak gemuk dalam kelas itu.
3. Kuih yang digoreng oleh kakak garing.
4. Baju yang dipakai oleh Firdaus besar.
5. Buku-buku di situ tebal .

沒有留言:

張貼留言