bilik pemulihan

dinding bilik pemulihan

2011年11月13日 星期日

KATA PENEGAS

Kata Penegas

Kata penegas ialah kata yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.

Contoh


-kah
-lah
-tah
jua
Juga
Sahaja
Hanya
Memang
Lagi
pun




Contoh
1.        Itulah rumah saya.
2.        Pernahkah awak makan sup daging arnab.
3.        Apatah dayaku untuk menolongnya.
4.        Kucing itu dibawa juga ke rumah neneknya.
5.        Hanya Kamal yang belum membayar yuran.
6.        Dia seorang sahaja yang berbaju Melayu.

Latihan :
Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.
kah lah tah juga hanya

1. Bagaimana keadaan neneknya di Kampung Simpang Tiga itu ?
2. Di situ tempat mereka selalu memancing.
3. Sedangkan ibunya tidak dapat melarangnya, apa lagi kita.
4. Azman pergi ke pantai itu walaupun ditegah oleh ayahnya.
5. dia yang belum sampai di tempat itu.

沒有留言:

張貼留言