bilik pemulihan

dinding bilik pemulihan

2011年11月16日 星期三

KATA SENDI

A. Isi tempat kosong dengan kata sendi yang sesuai.
terhadap     untuk     di     tentang      sejak
daripada     seperti     pada     dari       ke

1 Kapal terbang Tokyo itu sedang mendarat.
2 Saya hendak rumah nenek.
3 Ibu bapa harus mengambil berat pelajaran anak-anak.
4 "Jangan bermain tepi parit," pesan ayah. disiplin di kalangan murid.
5 Guru Besar bercakap displin di kalangan murid.
6 Tas tangan itu dibuat kulit haiwan.
7 Wajah lelaki itu pucat ayam berak kapur kerana demam.
8 Mainan ini adalah adik bongsu saya.
9 Dia membubuh ubat lukanya.
10 Siong Fat kehilangan ayahnya kecil.

2011年11月15日 星期二

SILANG KATA

Fakta Menarik Tentang Teka Silang Kata
Teka-teki silang atau disingkat TTS adalah suatu permainan di mana kita harus mengisi ruang-ruang kosong (berbentuk kotak putih) dengan huruf-huruf yang membentuk sebuah kata berdasarkan petunjuk yang diberikan. Petunjuknya biasa dibagi ke dalam kategori ‘mendatar’ dan ‘menurun’ tergantung arah kata-kata yang harus diisi.”

contoh silang kata

latihan:
http://www.tutor.com.my/tutor/special/games/interaktif.asp?e=&s=&b=&m=&t=&r=&i=&sp=Games&si=crossword/crossword1.html&gn=1

CERITA BERGAMBAR

 

PERMAINAN


Permainan Online

MEWARNA


Permainan

http://www.permainanonline.com/games/Buku+Mewarna

2011年11月13日 星期日

CIKGU COMEL DAN PENYAYANG

BANTU GURU BUAT P&P LEBIH MENARIK
DEDAH KEPADA PELBAGAI BBM YANG SESUAI DENGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH
BERI KEMUDAHAN KEPADA GURU GUNA ALAT BBM YANG BERASASKAN TEKNOLOGI

Read more: http://bahasamelayutadika.webnode.com/
Create your own website for free: http://www.webnode.com

GAMBAR MENARIK

Assalamualaikum.
zaman sekarang ni macam-macam gaya bahasa yang di gunakan oleh anak-anak remaja kita kan. saya juga hampir sukar memahami sesetengah maksud perkataan yang di gunakan serta pertambahan huruf dalam ejaan-ejaan bahasa remaja-remaja kini.

Di bawah ni ada beberapa signboard yang masih menggunakan bahasa melayu lama yang saya juga tidak memahami sesetengah perkataannya. Gambar ini saya ambil di salah sebuah stesyen keretapi lama. mari rakan-rakan cuba fikir bagaimana rasanya jika kita masih menggunakan perkataan seperti di bawah ini? :)


KATA TANYA

Kata Tanya


1. Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu.
2.Kata tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
3. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan di awal ayat tanya.
4. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat
5. Partikel ‘kah’ tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat.

contoh
a. Apakah benda itu ?
b. Buku siapakah ini ?




kenapa
Kenapakah Ahmad gagal dalam ujian itu ?
bila
Bilakah awak akan memulangkan buku saya ?
siapa
Engkau ini siapa ?
mengapa
Mengapakah baju awak ini basah ?
apa
Apakah nama binatang itu ?
bagaimana
Bagaimanakah rupa hantu ?
berapa
Di dalam kelas itu ada berapa orang murid lelaki ?
mana
Nelayan itu dari mana ?

KATA SERU

Kata Seru


1.        Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.
2.        Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.
3.        Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
4.        Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut.


Kata Seru
Penggunaannya
Ayat Contoh
aduh
untuk menyatakan perasaan
sakit dan kagum
1. Aduh, sakitnya tanganku!
2. Aduh, besarnya rumahmu!
aduhai
untuk menyatakan perasaan sedih
Aduhai, malang sungguh nasibku!
ah
untuk menyatakan tidak setuju
atau menolak sesuatu
1. Ah, says tetap tidak mengaku
bersalah!
2. Ah, alasan itu tidak dapat
kuterima!
amboi/wah
untuk menyatakan perasaan
hairan atau kagum
1. Amboi, mahal betul kereta itu!
2. Wah, berani betul budak itu!
cis/cih
untuk menyatakan perasaan
marsh dan bend
1. Cis, berani dia menentangku!
2. Cih, mereka tidak kenal siapa Ad
eh
untuk menyatakan perasaan
hairan atau terkejut
1. Eh, kamu sudah sampai!
2. Eh, tadi dia ads di sini!
hai
untuk menegur seseorang
atau menarik perhatian
1. Hai, diamlah sikit!
2. Hai, sudah lama kits tidak
bertemu!




Contoh lain kata seru dan ayat


Kata Seru
maksud
Contoh ayat
wahai
menyatakan perasaan sayang atau merayu
Wahai adik ku sayang !
amboi
menunjukkan perasaan kagum
Amboi, tingginya bangunan KLCC ini !
hai

Hai, ke mana kamu menghilang selama ini !
nah

Nah, terimalah habuanmu !
aduh
perasaan sakit
Aduh, sakitnya tanganku ini !
wah
perasaan hairan
Wan, cantiknya merak ini !
ceh

Ceh, usah membantah kata-kataku ini !
bedebah
marah
Bedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku !
cis
marah atau jijik
Cis, awak rupanya yang menjadi batu api !
oh
terkejut hairan, gembira atau mengharap
Oh, itu rupanya rumah kamu !
Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku !
eh
hairan
Eh, bila ia terjadi !
syabas
gembira, puas, memuji atau ucap tahniah
Syabas, awak berjaya juga akhirnya !
alahai
menghina
Alahai, itu pun awak tak boleh buat !
alamak
terkejut
Alamak, sudah pukul 8.00 pagi !
ha
hairan
Ha, budak itu yang menang !
Ya-Allah
terkejut
Ya-Allah, apa akan berlaku nanti !
Masya- Allah
hairan atau marah
Masya-Allah, sanggup dia melakukan perbuatan biadap itu !

KATA PERINTAH

Kata perintah

Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arahan. Kata perintah boleh ditambah partikel –lah di belakangnya.



contoh


Jangan
Sila
tolong
Harap
usah
jemput
Minta




Contoh ayat

1.        Jangan tolak meja itu ke situ.
2.        Silalah datang ke rumah saya jika ada masa lapang.
3.        Tolong buang sampah ke dalam tong sampah.

Latihan :
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan kata perintah yang sesuai.
Tolong Jangan Sila Jemput

1. " baiki motosikal ini", kata Naweh kepada mekanik itu.
2. " biarkan rambutmu panjang", kata ayah kepada abang.
3. "lah datang ke rumah pada hari raya nanti", Naim kepada Nizam.
4. " ke majlis makan malam esok", kata pengurus itu.

KATA PENGUAT

Kata Penguat

1.        Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif.
2.        Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
3.         
Contoh

Paling
Agak
Sungguh
Amat
Terlalu
Nian
Benar
Paling



4.        Kata penguat seperti agak, pling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif.
5.        Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif.
6.        Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh bleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif.


Contoh
1.        Murid yang paling pintar di sekolah ialah Latipah.
2.        Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah.
3.        Suhu di kawasan kutup amat sejuk.
4.        Kereta api itu sangat laju.
5.        Kereta itu laju sangat.

Latihan :
Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.
sangat paling sungguh sangat benar

1. Pokok kelapa itu tinggi.
2. Razak gemuk dalam kelas itu.
3. Kuih yang digoreng oleh kakak garing.
4. Baju yang dipakai oleh Firdaus besar.
5. Buku-buku di situ tebal .

KATA PENEGAS

Kata Penegas

Kata penegas ialah kata yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.

Contoh


-kah
-lah
-tah
jua
Juga
Sahaja
Hanya
Memang
Lagi
pun




Contoh
1.        Itulah rumah saya.
2.        Pernahkah awak makan sup daging arnab.
3.        Apatah dayaku untuk menolongnya.
4.        Kucing itu dibawa juga ke rumah neneknya.
5.        Hanya Kamal yang belum membayar yuran.
6.        Dia seorang sahaja yang berbaju Melayu.

Latihan :
Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.
kah lah tah juga hanya

1. Bagaimana keadaan neneknya di Kampung Simpang Tiga itu ?
2. Di situ tempat mereka selalu memancing.
3. Sedangkan ibunya tidak dapat melarangnya, apa lagi kita.
4. Azman pergi ke pantai itu walaupun ditegah oleh ayahnya.
5. dia yang belum sampai di tempat itu.