bilik pemulihan

dinding bilik pemulihan

2011年11月13日 星期日

KATA PAMERI

Kata Pemeri


1.        Kata Pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.
2.        Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
3.        Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau kata frasa nama.
4.        Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Contoh


a)        Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.
b)        Hariza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
c)        Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.

Latihan :
Isi tempat kosong dengan kata yang sesuai.
ialah adalah

1. Sekolah Kebangsaan Darau sekolah saya.
2. Hadiah itu untuk pemenang peraduan tarik tali.
3. Hujah-hujah yang dikemukakan oleh Alias kurang tepat.
4. Encik Samy pegawai di jabatan itu.
5. Cahaya yang berkelip-kelip itu cahaya dari rumah api.
6. Rojak makanan kegemaran saya.

沒有留言:

張貼留言