bilik pemulihan

dinding bilik pemulihan

2011年11月13日 星期日

KATA BILANGAN

Kata Bilangan


1. Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu.
2. Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu:


Jenis Kata Bilangan
contohnya
kata bilangan tentu
satu, dua, tiga, dan seterusnya
kata bilangan talk tentu
beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-
setengah, dan sebagainya
kata bilangan pecahan
suku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya
kata bilangan pisahan
setiap dan tiap-tiap
kata bilangan himpunan
kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, ribuan, dan sebagainya
kata bilangan tingkat
pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya
kata bilangan tanya
berapa





Jenis Kata Bilangan
contoh
Kata bilangan himpunan
1. Menunjukkan bilangan yang tertentu.
2. Boleh diikuti dengan penjodoh bilangan.
3. Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan.
1. satu,dua tiga, sepuluh
2. Dua ekor kambing.
3. keempat-empat, berpuluh-puluh, berjuta-juta, berabad-abad
4. Kebun Pak Abu menghasilkan berbakul-bakul durian setiap tahun.
Kata bilangan tak tentu
1. Menunjukan bilangan yang tidak tentu.
1. segala, semua, para, beberapa, seluruh
2. Segala maklumat akan dikumpulkan.
Kata bilangan tingkat
1. menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah.
1. pertama, kedua, ketiga
2. Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam peraduan melukis.
Kata bilangan pecahan
1. Menunjukkan bilangan berbentuk pecahan.
1. setengah. sepertiga, dua pertiga, seratus peratus
2. Hanya sepertiga ibu bapa murid Tahun Enam yang hadir ke majlis itu.
Kata bilangan pisahan
1. Masing-masing, tiap-tiap, setiap
2. Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera.

Latihan :
Isi tempat kosong dengan jawapan yang diberi.
empat     setup     ribuan beberapa     setengah      semua
kedua dua     berminggu-minggu     pertama      berapa

1 penonton membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil.
2 belah pihak yang bertelagah itu tidak mahu mengalah.
3 Inilah kali saya menjejakkan kaki ke Kelantan.
4 orang muridkah yang menyertai rombongan itu ?
5 Encik Murad mempunyai orang anak lelaki.
6 orang peserta tidak dapat meneruskan perlumbaan itu.
7 hari ayah menghantar adik ke sekolah.
8 Rumah Fauziah kira-kira kilometer dari sini.
9 Sudah lamanya usaha dijalankan untuk mencari budak yang sesat di hutan itu.
10 "Jangan makan kuih itu, tinggalkan sedikit untuk adik kamu," kata Mak Siti.

沒有留言:

張貼留言